Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

ISU MORAL TEMPATAN DAN GLOBAL

  Pengenalan Isu moral merupakan isu yang wajar diberikan perhatian oleh setiap masyarakat. Isu ini bukan sahaja berlaku secara tempatan malah secara global. Konsep moral difahami sebagai ajaran atau pegangan berkaitan baik buruk akan sesuatu tindakan, sikap kelakuan yang diukur dari aspek baik dan buruk sesuatu akhlak. Isu moral tempatan dan global yang akan dibincangkan secara terperinci ialah isu pencemaran alam sekitar, isu teknologi dan isu diskriminasi. Isu Pencemaran Alam Sekitar Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pencemaran merupakan satu perlakuan yang mencemarkan alam sekeliling atau mengotorkan kebersihan alam sekitar. Pencemaran alam sekitar merupakan salah satu isu global. Pencemaran alam sekitar yang ketara di seluruh negara ialah pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran tanah.   Punca Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh tindakan manusia merupakan tindakan yang tidak bermoral. Hal ini adalah kerana individu...