Pengenalan
Isu moral merupakan isu yang wajar diberikan perhatian oleh setiap masyarakat. Isu ini bukan sahaja berlaku secara tempatan malah secara global. Konsep moral difahami sebagai ajaran atau pegangan berkaitan baik buruk akan sesuatu tindakan, sikap kelakuan yang diukur dari aspek baik dan buruk sesuatu akhlak. Isu moral tempatan dan global yang akan dibincangkan secara terperinci ialah isu pencemaran alam sekitar, isu teknologi dan isu diskriminasi.
Isu Pencemaran Alam Sekitar
Menurut Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka, pencemaran merupakan satu perlakuan yang mencemarkan alam
sekeliling atau mengotorkan kebersihan alam sekitar. Pencemaran alam sekitar
merupakan salah satu isu global. Pencemaran alam sekitar yang ketara di seluruh
negara ialah pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran tanah.
Punca Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran alam sekitar yang
disebabkan oleh tindakan manusia merupakan tindakan yang tidak bermoral. Hal
ini adalah kerana individu tersebut tidak mempunyai sikap tanggungjawab
terhadap tindakan yang dilakukan. Hidupan lain yang tidak bersalah terpaksa
menerima akibat daripada tindakan manusia yang mencemarkan alam sekitar.
Golongan manusia yang tidak bertanggungjawab hanya mementingkan diri sendiri
malah mempunyai pemikiran yang sempit, yakni menganggap pencemaran merupakan
perkara yang biasa dan tidak memberikan kesan kepada pelaku itu sendiri.
Pencemaran udara adalah
berpunca daripada tindakan manusia yang melakukan pembakaran secara terbuka.
Pembakaran hutan serta sampah dilakukan secara tidak terkawal lalu membebaskan
jumlah asap yang banyak. Selain itu, pembebasan asap daripada kenderaan
bermotor turut menyumbang kepada pencemaran udara.
Pencemaran air pula disebabkan
oleh pembuangan sampah ke sumber air seperti sungai dan laut. Selain itu, pihak
kilang yang tidak bertanggungjawab melepaskan sisa kumbahan serta haba ke dalam
sungai. Kilang-kilang seperti kilang plastik, kilang makanan dan sebagainya
biasanya dibina berhampiran dengan sungai bagi memudahkan kerja pelepasan sisa
kilang tersebut.
Pencemaran tanah berpunca
daripada pelepasan sisa kimia yang berlebihan ke dalam tanah. Bukan itu sahaja,
pembalakan yang dilakukan secara haram boleh menyumbang kepada pencemaran
tanah. Hal ini adalah disebabkan berlakunya hakisan tanah.
Kesan Pencemaran Alam Sekitar
Antara kesan pencemaran alam sekitar
ialah kesihatan manusia terjejas, hidupan flora dan fauna terancam dan
kerosakan harta benda.
·
Kesihatan
Manusia Terjejas
Berdasarkan World Health
Organization (WHO), kadar kematian disebabkan pencemaran udara pada setiap
tahun adalah tinggi iaitu sebanyak 4 juta orang. Oleh hal yang demikian, isu
pencemaran alam sekitar bukanlah suatu perkara yang kecil malah menjadi suatu
masalah besar dialami secara global. Pendedahan jangka masa Panjang terhadap
pencemaran udara dapat mengakibatkan penyakit kronik saluran pernafasan, kanser
paru-paru dan sebagainya.
Selain itu, pencemaran toksin yang masuk ke dalam air boleh menyebabkan kematian serta kelumpuhan. Individu juga akan mengalami simptom kebas-kebas, kabur penglihatan, pening kepala dan sebagainya.
·
Hidupan
Flora dan Fauna Terancam
Tumbuh-tumbuhan dan binatang turut terkesan daripada pencemaran alam sekitar. Hujan asid yang disebabkan oleh pencemaran udara boleh mengancam nyawa binatang serta memusnahkan habitat flora dan fauna. Seterusnya, pencemaran air dapat menyebabkan pertumbuhan flora serta fauna terbantut. Pencemaran air turut menyebabkan hidupan kehilangan sumber air yang bersih. Oleh hal yang demikian, mereka terpaksa menggunakan sumber air yang tercemar tersebut walaupun hal berikut dapat menjejaskan kesihatan mereka.
·
Kerosakan
Harta Benda
Pencemaran
alam sekitar sudah pasti memberikan kesan kepada harta benda. Banjir kilat
serta tanah runtuh akibat pembalakan haram boleh merosakkan bangunan serta
harta benda.
Langkah Mencegah dan Menangani Isu
Pencemaran Alam Sekitar
Masyarakat hendaklah berganding
bahu bagi memastikan Langkah pencegahan dan menangani pencemaran alam sekitar
adalah berkesan.
·
Program
Kesedaran
Antara langkah yang dapat
dilakukan adalah dengan mengadakan kempen kesedaran yang efektif bagi
menimbulkan nilai bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dalam diri masyarakat.
Nilai ini adalah penting untuk ditanam dalam diri insan bagi mendorong mereka
menjauhi perkara yang tidak bermoral seperti mencemarkan alam sekitar.
·
Penguatkuasaan
Undang-undang
Selain itu, pihak kerajaan
wajarlah menguatkuasakan serta mengetatkan undang-undang. Pihak kerajaan haruslah
memastikan individu-individu yang melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab
terhadap alam sekitar diberikan hukuman yang setimpal.
·
Peranan
Media Massa
Selanjutnya, media massa
turut memainkan peranan dalam menangani isu pencemaran alam sekitar. Pada era globalisasi
ini, sudah pasti maklumat yang disampaikan menerusi media massa dapat menarik
perhatian ramai. Oleh hal yang demikian, pihak berwajib hendaklah mengambil inisiatif
ini dengan menyebarkan serta mendedahkan akan isu pencemaran alam sekitar
secara efisien.
Kesimpulannya, pencemaran
alam sekitar berlaku disebabkan perlakuan individu itu sendiri. Hal ini menyatakan
bahawa perlakuan individu tersebut adalah tidak bermoral. Sekiranya individu
tersebut mempunyai nilai moral, individu itu akan mempunyai rasa bersalah akan
tindakan yang diperbuatnya.
Isu Teknologi
Teknologi dapat didefinisikan sebagai pembangunan dan penggunaan alatan,
mesin, dan bahan untuk menyebarkan sesuatu maklumat. Sesuatu maklumat itu dapat
disampaikan dengan mudah dan cepat melalui penggunaan teknologi seperti komputer
dan peralatan elektronik yang lain. Penggunaan teknologi ini sangat berguna
kepada masyarakat masa kini terutamanya semasa pandemik Covid-19 berlaku. Hal
ini kerana kebanyakkan pengajaran dan pembelajaran dilakukan melalui teknologi.
Namun begitu, terdapat sesetengah masyarakat menyalahgunakan teknologi ini
sehingga menimbulkan isu-isu moral seperti isu jenayah siber.
1.1 Isu
jenayah siber
Jenayah siber merupakan jenayah
yang bergantung kepada sesuatu maklumat atau prasarana maklumat yang dijadikan
sebagai bahan sasaran dan memberi kesan kepada mereka yang terlibat.
·
Punca Jenayah siber
Antara punca jenayah siber ini berlaku adalah seperti berikut:
(a) Sikap manusia.
Sikap manusia yang suka mencuba sesuatu ilmu baru yang mereka pelajari terutamanya dalam bidang teknologi. Sesetengah individu cuba memanfaatkan pengetahuannya untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui dunia siber. Sikap manusia seperti ini kebiasaannya selalu berlaku pada individu yang sikapnya sukar dikawal. Sebagai contoh, individu tersebut dididik daripada keluarga yang tidak bermoral akhlaknya.
(b) Sukar untuk dikenal pasti penjenayahnya.
Jenayah siber ini menyebabkan kita susah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita. Umur penjenayah ini kebiasaanya adalah golongan yang berpengetahuan tinggi dalam dunia teknologi. Mereka melakukan jenayah ini terhadap institusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu untuk berbuat demikian.
· Kesan jenayah siber:
(a) Menyebabkan berlakunya jenayah lain yang lebih kejam di alam maya.
Hal ini bermaksud jenayah siber menyebabkan pengguna bebas untuk menyampaikan dan menerima maklumat tanpa ditapis kebenarannya. Situasi ini menjelaskan mengenai berlakunya penyebaran maklumat yang palsu dalam dunia siber. Contoh lain ialah pelbagai maklumat palsu, pornografi dan lain-lain menyebar di internet. Hal ini akan menyebabkan nilai moral dalam diri seseorang individu merosot.
(b) Menyebabkan kerugian terhadap mangsa sama ada dari segi kewangan mahu pun harta benda.
Misalnya, laman web yang tidak rasmi dalam proses perbankan atas talian akan memudaratkan pengguna tanpa sedar. Kegiatan menggodam atau mencuri informasi perbankan ini bertujuan untuk memindahkan wang pengguna kepada akaun penjenayah siber.
· Langkah mengatasi jenayah siber
(a) Memperkasakan penguatkuasaan.
Hal ini boleh dilakukan melalui forensik computer yang digunakan dalam penyiasatan bagi mendapatkan bukti yang kukuh mengenai pelaku jenayah siber dan seterusnya mengambil tindakan untuk menjalankan hukuman terhadap pelaku jenayah siber.
(b) Melaksanakan program kesedaran keselamatan siber.
Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendidikan kepada penggunaan internetmengenai bahaya ancaman dan jenayah siber.
Kesimpulannya, nilai moral yang ada dalam diri seseorang
individu akan merosot sekiranya isu jenayah siber ini tidak diatasi. Akhlak
yang baik tidak ada dalam diri seseorang individu dan kelebihan yang mereka ada
dalam dunia teknologi digunakan untuk tujuan yang salah yang dikaitkan dengan
jenayah siber. Oleh itu, jenayah siber ini haruslah ditangani bagi melahirkan
generasi masa depan menjadi seorang insan yang bermoral.
Isu Diskriminasi
Diskriminasi
dimaksudkan dengan pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu. Ia
merupakan amalan yang berlaku dalam masyarakat malaysia yang berpunca daripada
kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan orang lain. Ia merupakan suatu
perlakuan yang tidak adil berlaku dalam kalangan masyarakat. Hal ini telah
menyebabkan mereka keruntuhan nilai-nilai moral dalam diri mereka. Isu
diskriminasi yang menjadi tarikan utama di Malaysia adalah isu diskriminasi
terhadap wanita dalam sektor pekerjaan. Isu diskriminasi tersebut melibatkan
kenaikan pangkat dan pengambilan di tempat pekerjaan.
l
Punca-punca berlakunya diskriminasi terhadap wanita.
(a) Perbezaan gender.
Sesetengah wanita menghadapi diskriminasi upah dalam pekerjaan disebabkan sikap majikan yang membeza-bezakan kualiti pekerjaan antara pekerja wanita dengan lelaki. Hal ini kerana mereka berpendapat lelaki lebih layak mendapat gaji yang tinggi kerana banyak melakukan kerja-kerja berat berbanding wanita walaupun mereka mempunyai kedudukan jawatan yang sama.
Diskriminasi ini disebabkan oleh faktor kemahiran dan fizikal pekerja. Pekerja lelaki diberi keutamaan untuk memegang jawatan tinggi berbanding wanita. Hal ini kerana pihak majikan percayai bahawa lelaki boleh berkerja dalam pekerjaan yang tahan lasak seperti juruteknik, operator, arkitek, dan sebagainya.
l
Kesan-kesan berlakunya diskriminasi terhadap wanita.
(a) Golongan wanita tidak diberi peluang untuk kenaikan pangkat.
Situasi ini disebabkan anggapan pihak atasan bahawa golongan wanita tidak mempunyai keupayaan dan memimpin sesebuah organisasi. Hal ini akan menyebabkan motivasi golongan wanita akan kurang untuk terus bekerja dalam sesebuah organisasi tersebut.
(b) Peluang wanita untuk mendapatakan pekerjaan adalah tipis.
Situasi ini dapat dilihat apabila golongan wanita yang hadir ke temuduga dalam keadaan mengandung akan terus ditolak permohonannya. Hal ini kerana pihak atasan menganggap wanita yang mengandung akan meningkatkan kos dalam sesebuah organisasi. Golongan wanita yang mengandung akan terus ditolak semasa temuduga tanpa menguji kemahiran dan ilmu pengetahuan yang mereka bawakan.
l Langkah-langkah
mengatasi diskriminasi terhadap wanita.
(a) Memupuk status lelaki dan wanita yang setara dan pemikiran yang rasional.
Mendedahkan kepada masyarakat mengenai layanan yang adil dan saksama kepada semua individu tidak mengira statusnya. Keamanan masyarakat akan terjamin sekiranya isu diskriminasi dapat diatasi. Selain itu, pemikiran rasional juga diterapkan dalam kehidupan dan membanteras pemikiran tradisional. Hal ini untuk mengelakkan prasangka diskriminasi daripada berlaku.
(b) Pihak majikan memainkan peranan utama dalam mengatasi diskriminasi jantina pekerja.
Pihak majikan perlulah melindungi hak
pekerjanya daripada mengalami diskriminasi
jantina pekerja. Hal ini kerana pihak majikanlah yang mengurus dan memimpin pekerjanya dalam
sesebuah organisasi. Keamanan dalam sesebuah organisasi
dapat diwujudkan sekiranya diskriminasi ini dapat diatasi.
Kesimpulannya, orang yang melakukan diskriminasi terhadap wanita adalah
individu yang tidak mempunyai
nilai-nilai moral dalam diri seperti nilai keadilan. Hal ini kerana wanita tidak diberikan hak yang
sepatutnya dalam bidang pekerjaan yang diceburinya,
malah diremehkan oleh pihak atasan mengenai kelebihannya dengan membandingkan kelebihan yang ada pada
wanita dan lelaki.
Kesimpulan
Tuntasnya, isu moral sama ada tempatan mahupun global
adalah isu yang perlu dititikberatkan oleh setiap masyarakat dan bukannya menjadi masyarakat yang suka bersikap menuding jari. Oleh itu, pengetahuan akan isu ini adalah penting bagi setiap individu. Isu ini perlu ditangani dengan efisien bagi menjamin
kesejahteraan masyarakat. Oleh hal yang demikian, unsur yang penting dalam
menangani isu moral ini adalah penerapan nilai moral dalam segala tindakan dan bukannya mengambil jalan
yang singkat dan tidak berkesan.
Sumber rujukan
Dewan
Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan (4th ed.). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Fahmy
A. Rosli. (2020). Enam langkah ‘lawan’ jenayah siber. Retrieved from https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/05/692956/enam-langkah-lawan-jenayah-siber.
Ling,
J. & Xiang-Dong, L. (2019). Air Pollution: a global problem needs local
fixes. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/333998587_Air_pollution_a_global_problem_needs_local_fixes?enrichId=rgreq-050b873294ec66d0c3f3887d4d2d2dc3-XXX&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzMzMzk5ODU4NztBUzo3NzM2ODA3ODMxNjc0OTFAMTU2MTQ3MTI4MTMyNA%3D%3D&el=1_x_2&_esc=publicationCoverPdf
Mohd Yusof
Hj. Abdullah, Latiffah Pawanteh, Sharifah Mastura Syed Abdullah & Normah
Mustaffa. (2010). Kesedaran dan Sikap Komuniti dalam Pengurusan Persekitaran di
Wilayah Iskandar, Johor. Jurnal Melayu, (5), 71-86. Retrieved from https://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/4945
Winnie Simun &
Azizan Morshidi. (2017). Diskriminasi Wanita dalam Sektor Pekerjaan. Retrived
from https://www.researchgate.net/publIcatIon/31545723 8_DISKRIMINASI_WANITA_DALAM_SEKTOR_PEKERJAAN.




Menarik !!
ReplyDeleteWow! Menarik sekali! 😍
ReplyDeleteInfo yang bagus.
ReplyDeleteperkongsian yang menarik 🤩
ReplyDeleteperkongkian yg menarik��
ReplyDeleteInfo yang baik😍
ReplyDeleteInfo yang baik untuk semua org tau👍👍
ReplyDeleteCongratulations
ReplyDeleteinfo yng sngt baik
ReplyDeleteSyabas! Info yang baik untuk dikongsikan. Isu yang diketengahkan menepati kehendak isu semasa
ReplyDeleteSyabas sangat bermanfaat untuk dikongsi kan
ReplyDeleteINFO YANG BERGUNA..
ReplyDeleteinfo yang bagus..Terbaik
ReplyDeletePerkongsian maklumat yang sangat berguna. Terima kasih!
ReplyDeleteMaklumat yang sangat bermanfaat!
ReplyDelete